Fungsi Google Family Link
- SET TIME LIMIT merujuk kepada penggunaan gajet tersebut dalam masa satu hari.
- Anda boleh mengawalselia beberapa aplikasi secara jarak jauh dengan melarang ianya diakses oleh anak-anak seperti website, Youtube dan sebagainya..
- SET BED TIME merujuk kepada masa mengunci gajet anak-anak. Jika anda menggunakan pilihan ini, anda boleh mengunci gajet anak-anak pada waktu tertentu dan membukanya pada waktu tertentu pula. Ia boleh ditetapkan untuk setiap hari.
- Anda juga boleh mengunci gajet anak-anak secara jarak jauh. Apabila dikunci, anak-anak hanya boleh memanggil kepada anda semata-mata.
- Anda juga boleh membunyikan nada dering telefon bimbit anak-anak jika ianya hilang, tersorok ataupun disembunyikan.
- Anda juga boleh memberikan akses kepada suami/isteri bagi bersama-sama memantau aktiviti online anak-anak.
- Anda boleh memantau lokasi anak-anak walau dimana sahaja mereka berada.
- Anak anda sama sekali tidak boleh membuang aplikasi tersebut dari telefon anda, walau apa sahaja kaedah digunakan termasuklah reset telefon kerana ia memerlukan email dan password dan akses kod.
Aplikasi ini dapat digunakan dengan lancar dan berkesan jika anda menggunakan telefon pintar Android. Jika anda pengguna iOS jangan risau, Apple sebenarnya telah melancarkan SCREEN TIME yang sebenarnya telah sedia ada bagi pengguna Iphone iOS12 dan ke atas. Ia boleh disetup dengan mudah hanya mengikuti beberapa langkah seperti dibawah..
Amacam? Rasa berminat kan dengan GFL ni? lebih-lebih lagi di zaman sekarang ini memerlukan pemantauan dari parents .. Jangan berlengah lagi cube click link di bawah
Sedikit perkongsian cara setup Google Family Link di Smart Phone anda..


No comments:
Post a Comment