Sunday, January 17, 2021

Google Fi

 

Apakah itu Google FI?

Projek Google Fi adalah usaha pertama Google untuk menjadi sebuah syarikat telefon tanpa wayar (“wireless”) di AS. Daripada membeli operator tanpa wayar atau menara sendiri, Google telah memilih untuk menyewa ruang dari pembawa “wireless” sedia ada. Google juga menawarkan pakej harga baru yang inovatif untuk perkhidmatan telefon mereka melalui Google Fi. Kajian telah dilakukan dan mendapati ia menjimatkan wang. Melalui Google Fi, tiada bayaran pembatalan atau kontrak dengan Google, tetapi itu tidak mungkin berlaku dengan Syarikat Telco yang lain. Pelanggan hendaklah membuat perbandingan untuk mengetahui bayaran yang akan dikenakan sama ada lebih menjimatkan atau merugikan sekiranya membuat pembatalan kontrak


Fungis Google Fi

  1.  Google Fi berfungsi dengan pelbagai cara seperti perkhidmatan telefon biasa iaitu membuat panggilan telefon, sms, dan penggunaan aplikasi. Pembayaran. Google Fi akan di caj melalui kad kredit pelanggan. Pelanggan juga boleh mengumpulkan sehingga enam ahli keluarga bersama di bawah akaun yang sama dan berkongsi data.
  2.  Untuk makluman, data yang disediakan Google Fi adalah tidak terhad, tetapi pelanggan hanya membayar data yang digunakan sahaja tidak seperti Syarikat Telco lain di mana pelanggan perlu membayar mengikut harga pakej yang ditetapkan. Google Fi menggunakan kombinasi menara yang mereka sewa dari rangkaian Telco yang berbeza seperti US Cellular, Sprint, dan T-Mobile, tidak seperti Syarikat Telco yang lain yang mana menggunakan menara mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa pelanggan mendapat liputan gabungan ketiga-tiga rangkaian tersebut. Walau bagaimanapun, rangkaian telefon menggunakan gabungan kedua-dua menara GSM dan CDMA . Ini adalah teknologi telefon bersamaan dengan perkakas yang sama ada AC / DC.
  3.  Sebagai mana kita sedia maklum, telefon "quad-band" mempunyai kedua-dua jenis antena di mana telah menjadi kebiasaan bagi semua telefon. Dengan itu, untuk memuaskan hati pelanggan Google Fi mengambil langkah dengan memperkenalkan jenis telefon pintar yang sesuai dengan servis yang diberikan oleh Google Fi di mana ia dapat memberikan isyarat terkuat apabila menggunakan telefon tersebut. 


Bila bercakap berkenaan line tel , kita mesti memerlukan "Smart Phone" untuk menggunakan service tersebut .Google FI telah memperkenalkan jenis smart phone yang sesuai dengan Google Fi.





Ciri-ciri Google Fi

  • Anda dapat mengaktifkan perkhidmatan dengan aplikasi Google Fi.
  • Penggunaan telefon pintar yang di cadangkan oleh Google Fi adalah yang terbaik untuk mendapatkan kepuasan maksimum.
  • Ini membolehkan anda mengurus akaun dan tetapan anda.
  • Pelanggan boleh memeriksa jumlah data yang telah gunakan.
  • Pelanggan dapat melihat bil bulanan melalui Google Fi.
  • Dalam aplikasi Google Fi ini, pelanggan akan mendapat sokongan 24/7 secara percuma.
  • Pelanggan perlu menggunakan aplikasi Google Fi ini pada telefon pintar anda untuk panggilan dan SMS tanpa had. Anda perlu mendaftar ke Google Fi dengan akaun Gmail anda sebelum menggunakan aplikasi di telefon pintar anda.


Caj Google Fi


Jika adanya perkhidmatan atau service yang diberikan, sudah tentu lah ade cajnya. Disini saya sharekan link untuk detail package dan caj yang dikenakan kepada pelanggan Google Fi...

Disini pelbagai package yang boleh anda pilih...



Sedikit perkongsian cara setup Google Fi di Smart Phone anda..










No comments:

Post a Comment

Google Drive

  Fungsi Google Drive Fungsi utama Google Drive adalah sebagai media penyimpanan data dalam bentuk dokumen, gambar atau apa saja di media pe...