Monday, January 18, 2021

Google Scholar


 

Sudah menjadi fakta umum bahawa mencari maklumat di internet bukanlah sesuatu yang baru lagi. Setiap orang dapat mencari maklumat yang diperlukan melalui internet. Sejak tahun 2004 Google merupakan kemudahan bagi membuat carian yang banyak dimanfaatkan setiap pengguna lebih-lebih lagi dengan wujudnya Google Scholar sebagai ciri-ciri tambahannya. Pada dasarnya, Google Scholar sama fungsi seperti Google yang biasa gunakan untuk mencari sesuatu di Internet. Bezanya Google Scholar dikhususkan bagi mencari artikel jurnal teks penuh, laporan teknikal, pracetak, tesis, buku, dan dokumen, termasuk halaman Web terpilih yang dianggap "ilmiah."

Google Scholar adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna internet mencari subjek dalam bentuk teks dalam pelbagai format penerbitan. Dilancarkan pada tahun 2004, indeks Google Scholar merangkumi jurnal penerbitan ilmiah dalam talian. Google Scholar menyediakan kaedah mudah untuk mencari pelbagai literatur akademik. Google Scholar dapat digunakan untuk mencari rujukan ilmiah dari satu tempat dalam bentuk makalah, tesis, buku, abstrak dan artikel yang dikaji oleh, penerbit akademik, komuniti, professional, pusat data pra cetak, universiti dan organisasi akademik. 








Keterangan Google Scholar

a)Tajuk atau kata kunci carian.
b)Cited By adalah menunjukan bahawa kertas atau artikel tersebut telah dipetik dalam artikel lain.
c)Related Articles bermaksud meminta Google mencari artikel lain dengan kandungan yang hampir sama.
d)Jumlah carian berkaitan berkaitan kata kunci.


Kekurangan Google Scholar
  • kurangnya ciri carian lanjutan yang mencukupi, ketelusan isi pangkalan data, dan liputan pangkalan data yang tidak rata. Google Scholar menunjukkan batasnya yang singnifikan untuk pengunaan doktor. Google Scholar adalah pilihan yang kurang tepat untuk carian yang serius, seperti pertanyaan klinikal, ulasan biliografi, carian literatur yang komprehensif atau lain-lain soalan yang memerlukan pendekatan yang lebih canggih.
  • Seiring dengan peredaran zaman, teknologi maklumat (IT) mengalami perkembangan yang sangat pesat. Perkembangan ini memberi kesan positif kepada dunia teknologi iaitu internet. Google Scholar adalah salah satu perkembangan teknologi carian sering dikunjungi oleh pengguna untuk mencari maklumat dalam masa yang singkat.

Disini saya lampirkan pautan  Google Scholar untuk kegunaan bersama..



Tutorial Google Scholar






No comments:

Post a Comment

Google Drive

  Fungsi Google Drive Fungsi utama Google Drive adalah sebagai media penyimpanan data dalam bentuk dokumen, gambar atau apa saja di media pe...